Sunday 11 March 2012

coretan untuk kekasih.

Sunyi........
                Subuh itu menyenangkan hati,
                hati yang telah terseksa,
                terseksa kerana terkorbannya cinta,
                mengapa harus aku korbanknnya,
                aku mendengar kata hati,
                cinta aku dan dia,
                tidak harusku lepaskan dia.

  Namun kuasa Tuhan teguh,
  tiada siapa dapat menyangkal,
  kerana itu juga timbulnya,
  dugaan,cabaran,rintangan,
  namun harus tempuh ia,
  kerana sesuatu harus diusahakan,
  hanya itu yang aku tahu sayang,
  ku harap hatimu seperti hatiku.

                Hanya itu menjadi doaku selamanya,
                agar Tuhan tahu bahawa,
                masih ada manusia yang tidak,
                memandang harta dan menyayangi,
                kekasih mahupun keluarga,
                hati ini telah tenang sayang,
                kerana kita telah hidup dan mati bersama.



                                                     -To my future husband-

Monday 30 January 2012

SAWIT NO.1 NEGARA

  Sawit kalau diikutkan hati tiada yang sanggup membuka tanpa mengupah orang.Ladang ini kepunyaan keluarga saya,orang yang bergelar bapa telah sanggup membuka dan berusaha membuka ladang sebesar 66 ekar ini.Pada mulanya untuk membuka ladang perkara pertama harus dilakukan adalah menebang pokok,ingin saya katakan penanaman sebenarnya bukan lah pencemaran alam ini kerana setelah habis semua tanah diluaskan sawit akan dijadikan tanaman ganti.
  Kebun sebesar ini memerlukan beberapa orang untuk diupah,ini adalah untuk yang berkemampuan sahaja tetapi memerlukan kos yang besar.Bagi orang yang bekerja dengan kerajaan mereka sepatutnya tahu bagaimana untuk mengurus pinjaman wang untuk menguruskan kebun.Sedia dimaklumkan Malaysia adalah negara terbesar pengeksport minyak sawit,tidak hairanlah Malaysia mahupun negara-negara jiran turut serta dalam penanaman sawit secara besar-besaran.
  Banyak individu yang memandang rendah akan petani moden,bahawa mereka hanya membuang masa dan membuang tenaga.Bagi anak muda seperti saya pula saya tidak peduli jika orang tua saya memberi arahan kepada saya untuk melanjutkan pertanian yang telah bapa saya mulaikan.Tidak bererti seorang petani itu haruslah seorang yang tidak berkerja bnyk pekerja memegang jawatan awam kini mulai melepaskan jawatan mereka lantas memulakan perniagaan sawit.
   Penanaman sawit bukanlah sesuatu yang mudah.Bibit sawit yang paling terkenal untuk dibeli adalah di MPOB.selain itu MPOB turut menyediakan lesen pengeluaran sawit.Bibit sawit yang kecil masih dipanggil benih kecil berharga 0.40 sen sebiji.Bagi sawit yang telah sedia besar bergantung kepada saiz sawit itu untuk diletakkan harga antaranya Rm8-Rm12 itu berdasarkan apa yang pernah bapa saya beli.Selanjutnya boleh bertanya kepada MPOB Sabah sendiri ya...
                                                         SEKIAN DAN TERIMA KASIH.